Pensyarah saya kata :
"Misaq dengan Tuhan itu umpama satu cahaya. Yang dinyalakan oleh Tuhan pada hati tiap hambaNya. Misaq yang berupakan pengakuan, ikrar dan ikatan: kita hamba dan Allah pencipta kita.
Nyalaan itu ada masa ia marak, atau pun hampir kematian. Namun, tetap akan ada. Tidak padam. Ia menunjukkan bahawa ikatan antara makhluk dan pencipta itu sentiasa akan ada. Jika kecintaan sebagai hamba itu kuat pada Tuhannya, makin mengingati..maka nyalaan itu akan membara. Makin kuat ikatnya, makin yakin, makin cinta.
Jika tak..layu, takut padam pula nanti. Na'uzubillah.."
----------------------
Satu hari. Bila saya buka satu laman web kawan-kawan, saya terlihat sesuatu yang kurang menyenangkan. Ini kisah pen tanpa penutupnya. Tentang wanita tanpa tudungnya.
Yang menarik perhatian bila ada orang-orang yang saya sangat kenal tak lagi berlitup di kepala. Yang pakai "baju-baju trend terkini". Rasa panas benar muka saya waktu tu. Macam-macam perasaan yang ada.
Hidup dengan trend? Baju trend terkini yang menyakitkan hati saya ni diistilah sebagai yang ketat, sendat, singkat. Yang seluar pula, kot tunduk sedikit dan dipandang oleh seorang hafiz, akan hilang satu juzuk hafazannya, bak kata Ust Farhan.
Adik-adik, sahabat kesayangan saya kini pula membuka penutup mahkota mereka. Lintuk senyum sini sana. Saya rasa sangat 'sakit' dengan apa di depan mata. Lainnya watak mereka dari zaman sekolah hingga ke dewasa ini. Apa yang mahu didedahkan pada masyarakat??
["Kami golongan up-to-date, tak ketinggalan zaman???"]
Ayuh cerita kepadaku, apakah trend yang kalau tak diikut itu akan ditempel sebagai kolot? Nampak tak trendy?? Nampak kampung? Khabarkan wahai kalian!!
Ya Tuhan, dukacitanya hati ini.
----------------------
Saya jadi takut. Takut jika perkara ini akan menjadi satu penghalang untuk hidup bahagia. Ini tamsilnya.
suara: Kau tak boleh masuk syurga!
aku: Eh, mengapa pula? Bukankah sudah cukup 'amalku sebentar tadi??
suara: Tak boleh, sebab ada saudaramu kata yang kau tak jalankan tanggungjawabmu kepadanya sewaktu di dunia dulu.
aku: Ah, iyakah? Mana dia? Ouh...kau kah yang menjadi penghalang ku kini?
saudaraku: Iya. Dulu waktu kita bersama, kau tak pernah kejutkan aku solat Subuh.
aku: Jangan percaya pada dia. Aku selalu jadi capek mengejutkannya. Dia tak pernah pun bangkit. Terus sambung tidur. Aku tak pernah tak bangkitkannya. Aku selalu kasihkannya.
saudaraku: Tidak, kau tak amanah pun. Kau cuma kejut aku sekadar itu. Kalaulah kau kejut kali ke 3 itu, mungkin aku akan sedar. Aku tak kan terlepas solatku. Kini, kau tak layak ke syurga.
Saudaraku, itu tamsilan yang sering diri bimbangkan. Tuntas, ini tanggungjawab siapa? Mahu kita ditarik sebagai contoh di atas sana?
------------------------------
Bukan mengherdik, tidak menghina, apa lagi memandang rendah. Ini, penulisan ini lahir dari kasih sayangku pada sahabat semua. Moga, hidayah Tuhan akan tersiram ke serata hati-hati yang memerlukan.
Positif. Sebagai yang tahu, saya dan anda semua ada tanggungjawab yang sangat besar. Perlu kongsi apa yang Tuhan kata. Perlu membarakan nyalaan di hati kawan-kawan kita juga. Bukan saja untuk menjadi baik, tapi sentiasa mengajak kepada kebaikan. Agama itu nasihat, makanya saling berpesan itu penting khusunya dalam persahabatan. Iya, kan??
Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa disentuh oleh Tuhan. Semoga sentiasa ada rasa untuk rindukan kebajikan, dan kebaikan. Sentiasa tahu dan mahu menjadi lebih baik. Sentiasa takut berkurangnya dosa. Sentiasa kasih sesama saudara, bagai cintakan diri sendiri juga.
Permudahkanlah usaha dan impian kami Tuhan...
No comments:
Post a Comment